Teknik ini telah diuji dengan Windows versi 95/98 dan hasilnya berjaya. Teknik ini bertujuan untuk reset kembali bios password kepada keadaan asalnya (tiada password) sekiranya anda terlupa katalaluan.
Reboot komputer anda kepada "Command Prompt Only". Pada prompt C:\> taipkan arahan-arahan berikut;
DEBUG
tekan kekunci Enter. Anda akan menerima tanda "-" pada prompt C:\>
Sekarang taipkan arahan berikut;
o 70 2e
Pada DEBUG prompt akan dipaparkan -o 70 2e, tekan kekunci Enter dan taipkan ini pula;
0 71 ff
dan tekan kekunci Enter
Akhir sekali taipkan;
Q
tekan kekunci Enter untuk keluar dari mod DEBUG dan kembali pada prompt C:\>..
Reboot komputer anda dan cuba masuk kedalam tetapan motherboard (kekunci untuk masuk kedalam bios bergantung pada jenis motherboard).
"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

0 comments:
Post a Comment