ADSL - Asymmetric Digital Subscriber Line
- teknologi komunikasi jalur lebar untuk penyambungan ke Internet
AGP - Accelerated Graphics Port
- teknologi berkelajuan tinggi untuk penyambungan kad video ke papan induk komputer (motherboard) khususnya untuk penggunaan grafik 3D
ALI - Acer Labs, Incorporated
- pereka dan pengeluar utama litar bersepadu untuk komputer peribadi dan sistem litar tertanam (embedded)
ALU - Arithmetic Logic Unit
- litar digital yang melaksanakan operasi aritmetik dan logik
AMD - Advanced Micro Devices
- satu syarikat multinasional semikonduktor kepunyaan kerajaan Amerika yang berpangkalan di Sunnyvale, California yang banyak membangunkan pemproses komputer dan teknologi yang berkaitan untuk pasaran komersial dan pengguna
APC - American Power Conversion
- sebuah syarikat pengilangan yang menghasilkan bekalan kuasa tidak terganggu (uninterruptible power supplies), perkakasan elektronik dan sebuah pusat produk data
ASCII - American Standard Code for Information Interchange
- merupakan satu skema pengekodan text yang mana berdasarkan abjad Inggeris dan ASCII kod ini mewakili teks dalam komputer, peralatan komunikasi dan peranti lain yang menggunakan teks
ASIC - Application Specific Integrated Circuit
- merupakan satu litar bersepadu (I.C) yang direka khas untuk kegunaan tertentu
ASPI - Advanced SCSI Programming Interface
- antaramuka pengaturacaraan aplikasi yang berasal dari Adaptec yang mana menstandardkan komunikasi didalam bas komputer antara hos utama SCSI dengan SCSI (atau ATAPI) pada peralatan yang lain
AT - Advanced Technology
- merupakan makmal penyelidikan korporat di Apple Computer pada tahun 1986-1997
ATI - ATI Technologies Inc
- adalah sebuah perbadanan semikonduktor berasaskan teknologi yang berpusat di Markam, Ontario, Kanada yang mana khusus dalam pembangunan unit pemprosesan grafik dan chipset
ATX - Advanced Technology Extended
- adalah satu rekabentuk papan induk (motherboard) yang dibangunkan oleh Intel pada tahun 1995 untuk membaiki piawaian bentuk sebelumnya seperti bentuk AT form factor
--- B ---
BFG - BFG Technologies
- hak milik persendirian yang berpangkalan di AS, pembekal bekalan kuasa dan kad video 3D yang berasaskan teknologi grafik NVIDIA dan pengeluar utama permainan yang berkuasa tinggi dan juga pengeluar sistem komputer teater di rumah
BIOS - Basic Input Output System
- di kenali juga sebagai ROM BIOS atau Sistem BIOS merupakan satu cip yang terletak di semua papan induk komputer yang mana mengandungi pelbagai arahan komputer dan menentukan bagaimana sesuatu komputer itu beroperasi
BNC - Barrel Nut Connector
- satu silinder penyambung tekan-dan-pintal untuk menyambung kabel nipis bersama paksinya
--- C ---
CAS - Column Address Signal
- masa penangguhan di antara saat pengawal memori (memory controller) memberitahu modul memori utama untuk mengakses ruang memori tertentu di dalam modul ingatan (RAM memory)
CD - Compact Disk
- merupakan cakera optik yang digunakan untuk menyimpan data digital
CDR - Compact Disk Recorder
- merupakan alat berteknologi tinggi untuk menyimpan data digital ke dalam cakera optik
CDRW - Compact Disk Re-Writer
- cakera padat boleh tulis semula adalah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada CD yang mana data boleh di tulis di atasnya berulang kali
CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory
- merupakan cakera padat yang mengandungi data yang boleh diakses, tetapi tidak boleh di tulis semula di atas cakera tersebut
CFM - Cubic Feet per Minute
- ianya ditakrifkan sebagai isipadu kiub yang mana mempunyai panjang di sebelah permukaannya 0.3048m
CMOS - Complementary Metal Oxide Semiconductor
- adalah satu cip yang terletak pada papan semikonduktor di dalam komputer yang mana boleh menyimpan maklumat seperti masa dan tarikh sistem komputer dan tetapan perkakasan komputer yang telah di buat
CPU - Central Processing Unit
- ianya adalah 'otak' kepada sistem komputer yang mana menjalankan semua arahan komputer, melaksanakan operasi asas aritmetik, logik dan input/output sistem
CTX - CTX Technology Corporation (Commited to Excellence)
- pengeluar teknologi paparan berkualiti tinggi seperti monitor CRT, monitor LCD, paparan panel rata, paparan multimedia dan semua kelengkapan LCD TV
--- D ---
DDR - Double Data Rate
- merupakan versi lanjutan memori komputer jenis SDRAM. DDR-SDRAM kekadang juga di panggil SDRAM 11, boleh memindahkan data 2x lebih cepat berbanding dengan SDRAM
DDR-SDRAM - Double Data Rate - Synchronous Dynamic Random Access Memory
- juga dipanggil DDR1 SDRAM, boleh meningkatkan daya ingatan kelajuan jam (clock speed) untuk sekurang-kurangnya 200 MHz, berkesan juga menggandakan daya pemprosesan data di dalam memori cip
DFI - DFI Inc. (Design for Innovation)
- ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Y.C Lu, merupakan pembekal teknologi perkomputeran berprestasi tinggi di seluruh dunia, memberi tumpuan kepada rekabentuk inovatif
DIMM - Dual Inline Memory Module
- terdiri daripada satu siri memori capaian-rawak yang dinamik (random-access) litar yang bersepadu
DRAM - Dynamic Random Access Memory
- sejenis memori capaian-rawak (random-access) yang menyimpan setiap bit data dalam sebuah kapasitor berasingan di dalam litar bersepadu.
DPI - Dots Per Inch
- bermaksud titik maksimum pencetak boleh mencetak bagi setiap inci, cenderung kepada kaitan resolusi imej, tapi secara tidak langsung
DSL - Digital Subscriber Line
- nama original Digital Subscriber Loop, menyediakan kemudahan mengakses internet dengan penghantaran data digital ke atas wayar rangkaian telefon tempatan
DVD - Digital Versatile Disc
- format penyimpanan cakera optik, dicipta dan dibangunkan oleh Philips, Sony, Toshiba, dan Panasonic pada tahun 1995, menawarkan kapasiti penyimpanan data yang lebih tinggi daripada cakera padat di samping mempunyai dimensi yang sama.
DVD-RAM - Digital Versatile Disk - Random Access Memory
- media DVD yang boleh merakam di kedua-dua belah cakera, memberikan simpanan data sehingga 9.6GB
--- E ---
ECC - Error Correction Code
- pembetulan ralat adalah pengesanan kesilapan dan pembinaan semula data asal, dan bebas dari sebarang ralat.
ECS - Elitegroup Computer Systems
- ditubuhkan pada tahun 1987, sebuah syarikat kukuh dalam industri pembinaan papan induk dan juga aktif dalam pembuatan komputer desktop dan notebook, kad grafik dan lain-lain produk mudah alih
EDO - Extended Data Out
- juga dikenali sebagai mod DRAM halaman hiper (hyper page mode), lebih cepat daripada memori fpm, prestasi sekitar 3-5% daripada memori fpm
EEPROM - Electrically Erasable Programmable Read-Only Memory
- sejenis memori tak meruap yang digunakan di dalam komputer dan lain-lain peranti elektronik untuk menyimpan sejumlah kecil data yang perlu diselamatkan apabila bekalan kuasa dihentikan
EPROM - Erasable Programmable Read-Only Memory
- adalah jenis cip memori yang menyimpan data apabila bekalan kuasa dimatikan, dalam erti kata lain, ia adalah tidak menentu (non-volatile)
EVGA - EVGA Corporation
- sebuah syarikat pembuatan kad grafik NVIDIA, ditubuhkan pada bulan Julai 1999, ibu pejabat semasa di Brea, California
--- F ---
FC-PGA - Flip Chip Pin Grid Array
- sejenis microcip, digunakan dalam papan induk soket 370, juga digunakan dalam pemproses Intel Celeron 566 dan Pentium 111
FDC - Floppy Disk Controller
- peranti yang mengawal pemacu dalaman 3.5/5.25 inci cakera liut pada sistem desktop x86
FDD - Floppy Disk Drive
- satu medium cakera penyimpanan yang terdiri daripada cakera bahantara storan magnet yang nipis dan fleksibel, berbentuk segiempat plastik dimana didalamnya ada fabrik selari yang dapat menghilangkan habuk
FPS - Frame Per Second
- ukuran yang digunakan untuk menyimpan dan memaparkan video sama ada video filem atau digital, setiap kerangka mewakili satu imej pegun, paparan bingkai secara berturut-turut menyebabkan terciptanya ilusi gerakan
FPU - Floating Point Unit
- adalah sebahagian daripada sistem komputer yang direka khas untuk menjalankan operasi ke atas nombor titik apung (floating number), operasi terdiri dari penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, dan punca kuasa dua.
FSAA - Full Screen Anti-Aliasing
- satu kaedah yang digunakan oleh kad grafik 3D untuk menyediakan anti-aliasing kepada semua objek dalam persekitaran 3D, anti-aliasing adalah satu teknik yang digunakan untuk membuat permukaan tepi poligon yang bergerigi menjadi lancar
FS - For Sale
- sesuatu item untuk dijual
FSB - Front Side Bus
- juga dikenali sebagai bas pemproses, bas memori atau sistem dan menghubungkan CPU dengan memori utama dan digunakan sebagai sambungan komponen lain dalam komputer, berkelajuan 66 Mhz, 133 MHz, 100 MHz, 266 MHz, 400 MHz, dan keatas
--- G ---
GB - Gigabytes
- gandaan dalam unit bait untuk menyimpan maklumat digital, giga awalan bermakna 109 dalam Sistem Unit Antarabangsa (International System of Units), oleh itu 1 gigabit adalah bersamaan dengan 1000000000 bytes, simbol unit untuk gigabit adalah GB atau Gbyte dan bukannya Gb
GBps - Gigabytes per second or Gigabits per second
- kelajuan pengukuran pemindahan data untuk rangkaian berkelajuan tinggi seperti Gigabit Ethernet
GDI - Graphical Device Interface
- adalah antara muka pengaturcaraan aplikasi Microsoft Windows dan komponen sistem operasinya yang bertanggungjawab untuk mewakili objek grafik dan menghantarnya keperanti output seperti monitor dan pencetak
GHz - GigaHertz
- satu gigahertz adalah bersamaan dengan 1,000 megahertz (MHz) atau 1,000,000,000 Hz, ia biasanya digunakan untuk mengukur kelajuan pemprosesan komputer
--- H ---
HDD - Hard Disk Drive
- satu mekanisme yang membaca dan menulis data pada cakera keras, pemacu cakera keras (HDD) untuk PC secara amnya mengambil masa kira-kira 12 milisaat atau kurang untuk membaca dan menulis, banyak pemacu cakera sekarang telah meningkatkan prestasi mereka melalui teknik yang dipanggil cache
HIS - Hightech Information System Limited
- syarikat grafik kad yang menghasilkan kad ATI Radeon video
HP - Hewlett Packard Development
- syarikat besar yang berteraskan pengeluaran infrastruktur IT, komputer peribadi,perkhidmatan global, pengimejan dan percetakan untuk pengguna samada untuk perusahaan kecil atau sederhana
HSF - Heatsink-Fan
- dalam sistem elektronik, kipas sink haba merupakan komponen pasif yang menyejukkan peranti dengan mengeluarkan haba ke udara sekeliling
--- I ---
IBM - International Business Machines Corporation
- ibu pejabat di Armonk, New York, AS, mengeluarkan dan menjual perkakasan dan perisian komputer, juga menawarkan infrastruktur, hosting dan perkhidmatan perundingan
IC - Integrated Circuit
- satu peranti elektronik kecil yang dibuat daripada bahan semikonduktor, digunakan untuk pelbagai peranti, termasuk mikropemproses, peralatan audio, video dan automobil
IDE - Integrated Drive Electronics
- lebih dikenali sebagai ATA atau Parallel ATA (PATA) dan antara muka standard untuk pemacu keras IBM
IFS - Item for Sale
- barangan atau perkakasan untuk sedia dijual
IRQ - Interrupt Request
- peranti boleh menghantar isyarat sampukan kepada mikropemproses apabila terdapat konflik
ISA - Industry Standard Architecture
- diperkenalkan oleh IBM dan pada asalnya adalah sebuah bas komputer 8-bit yang kemudiannya telah diperluaskan kepada bas 16-bit pada tahun 1984
ISO - International Standards Organization
- merupakan badan penetapan piawaian antarabangsa yang terdiri daripada wakil-wakil daripada pelbagai organisasi piawaian kebangsaan
--- J ---
JBL - JBL (Jame B. Lansing) Speakers
- syarikat elektronik yang dimiliki oleh Harman International, ditubuhkan pada tahun 1946 oleh James Bullough Lansing dan produk utama mereka adalah pembesar suara dan alatan elektronik
JVC - JVC Company of America
- syarikat perbadanan elektronik Jepun yang berpusat di Yokohama, ditubuhkan pada tahun 1927, mengeluarkan televisyen pertama Jepun dan aktif dalam pengeluaran perakam video VHS
---K---
Kbps - Kilobits Per Second
- ukuran jalur lebar (jumlah data yang boleh mengalir dalam masa yang diberikan) pada media penghantaran data
--- L ---
LG - LG Electronics
- sebuah syarikat global elektronik & telekomunikasi yang beribu pejabat di Yeouido, Seoul, Korea Selatan, mengendalikan perniagaan melalui empat bahagian iaitu komunikasi mudah alih, hiburan di rumah, perkakas rumah dan penyaman udara
LAN - Local Area Network
- rangkaian komputer yang saling berhubungan di dalam kawasan yang terhad seperti di rumah, sekolah, makmal komputer, atau bangunan pejabat
LCD - Liquid Crystal Display
- adalah paparan panel rata, paparan visual elektronik, atau paparan video yang menggunakan sifat cahaya modulasi kristal cecair (Liquid Crystal)
LDT - Lightning Data Transport
- diperkenalkan pada tahun 2001, satu seni bina berkelajuan tinggi perhubungan diantara litar bersepadu, dibangunkan oleh AMD
LED - Light Emitting Diode
- adalah sumber cahaya semikonduktor, banyak digunakan sebagai lampu penunjuk oleh kebanyakkan peranti dan semakin meningkat penggunaannya
--- M ---
MAC - Media Access Control
- protokol data komunikasi sub-lapisan (sub-layer), juga dikenali sebagai kawalan akses sederhana, adalah sub-lapisan pautan data yang dinyatakan dalam model tujuh lapisan OSI (lapisan ke 2)
MB - Megabyte
- gandaan dalam unit bait (byte) untuk penyimpanan maklumat digital atau penghantaran data dengan tiga nilai yang berbeza bergantung kepada konteks seperti 1048576 bytes amnya untuk ingatan komputer dan satu juta bait amnya untuk penyimpanan data dalam komputer, dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia bermaksud 1000 × 1024 (1024000) bait
MBps - Megabytes Per Second
- menggambarkan satu unit pemindahan data ke storan komputer dan sebaliknya dari peranti storan komputer, megabait ialah kuasa 20 atau 1,048,576 bait dalam titik perpuluhan decimal
Mbps - Megabits Per Second
- digunakan untuk mengukur kelajuan pemindahan data sambungan jalur lebar tinggi seperti Ethernet dan modem kabel, satu megabit adalah bersamaan dengan satu juta bit atau 1,000 kilobits
MHz - MegaHertz
- satu megahertz (MHz) adalah bersamaan dengan 1000 kilohertz atau 1,000,000 hertz, ia juga boleh digambarkan sebagai satu juta kitaran per saat, digunakan untuk mengukur frekuensi gelombang serta kelajuan mikroprosesor
MIPS - Million Instructions Per Second
- pengukuran secara kasar bilangan arahan komputer yang boleh dilaksanakan dalam satu saat
MMX - Multi-Media Extensions
- direka oleh Intel pada tahun 1996 dan digunapakai oleh Pentium P5 dikenali sebagai "Pentium dengan MMX Teknologi", MMX adalah keupayaan pemproses tambahan yang disokong pada pemproses IA-32
MSI - Micro Star International
- berpusat di Taiwan (Republik of China), sebuah syarikat berasaskan elektronik dan salah satu pengeluar terbesar papan induk (motherboard) dan kad video(graphic card) di dunia
--- N ---
NAS - Network Attached Storage
- peringkat fail storan data komputer yang disambungkan kepada suatu rangkaian komputer untuk memudahkan data dicapai oleh pelanggan
NAT - Network Address Translation
- membolehkan rangkaian kawasan setempat (LAN) untuk menggunakan satu set alamat IP untuk lalu lintas dalaman dan alamat set kedua untuk lalu lintas luaran
NEC - NEC Corporation
- ibu pejabat di Minato, Tokyo, Jepun, sebahagian dari Kumpulan Syarikat Sumitomo, menyediakan perkhidmatan berteraskan teknologi maklumat dan penyelesaian rangkaian untuk perusahaan perniagaan, penyedia perkhidmatan komunikasi dan sektor kerajaan
NIC - Network Interface Card
- sejenis papan litar kecil yang bersambungan dengan komputer untuk disambung ke rangkaian, kebanyakan direka untuk jenis rangkaian protokol, media dan ada yang direka untuk rangkaian berganda
--- O ---
OC - Overclock (Over Clock)
- untuk menjadikan kelajuan mikropemproses lebih cepat daripada kelajuan yang telah diuji dan diluluskan
OCZ - OCZ Technology
- pengeluar perkakasan komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat, mensasarkan produk perkakasan komputer seperti DDR RAM, kad video, pemacu USB dan pelbagai produk penyejukan, buat masa ini menghasilkan Pemacu Keadaan Pepejal (Solid State Drive - SSDs) dan bekalan kuasa
OEM - Original Equipment Manufacturer
- sebuah syarikat komputer yang menjual semula produk syarikat lain di bawah nama dan penjenamaan mereka sendiri
--- P ---
PC - Personal Computer
- sejenis mikrokomputer yang direka untuk kegunaan oleh seorang pada satu-satu masa
PCB - Printed Circuit Board
- digunakan sebagai sokongan mekanikal dan elektrikal untuk penyambungan komponen elektronik yang menggunakan laluan konduktif
PCI - Peripheral Component Interconnect
- sebuah peranti yang disambungkan ke pusat pemproses komputer, peranti Ethernet dan Wi-Fi biasanya menggunakan peranti PCI ini
PDA - Personal Digital Assistant
- sebuah peranti mudah alih yang menggabungkan ciri-ciri komputer, telefon/faks, internet dan rangkaian
PCMCIA - Peripheral Component Microchannel Interconnect Architecture
- direka untuk pengguna komputer riba, asalnya untuk penyimpanan data komputer atau sebagai memori tambahan, sekarang penggunaannya semakin meluas seperti untuk kad rangkaian komputer, modem dan cakera keras
PGA - Professional Graphics Array
- banyak istilah untuk PGA ini seperti Pin Grid Array, Professional Graphics Adapter, Programmable Gate Array
PLD - Programmable Logic Device
- komponen elektronik yang digunakan untuk membina konfigurasi litar digital
PM - Private Message / Private Messaging
- seakan emel yang mana dihantar dari seorang pengguna ke pengguna lain melalui forum, Facebook, IRC atau papan buletin sistem
PnP - Plug 'n Play
- peranti yang boleh terus di palam ke komputer dan komputer secara automatik mengenalpasti jenis dan kegunaan peranti tersebut agar pengguna dapat akses ke peranti berkenaan dengan mudah
POST - Power On Self Test
- diagnosis permulaan komputer apabila di hidupkan untuk menentukan asas input/output sistem komputer berada dalam keadaan baik dan boleh di gunakan seperti papan kekunci, RAM, pemacu cakera keras (hard disk drive) dan perkakasan lain
PPPoA - Point-to-Point Protocol over ATM
- dalam rangkaian komputer, protokol PPPoA terletak pada layer ke 2 data-link, kebiasaannya di gunakan untuk menyambung modem jalur lebar domestik kepada ISP melalui talian telefon, cth penggunaan pada syarikat penerbangan DOCSIS & DSL
PPPoE - Point-to-Point Protocol over Ethernet
- protokol rangkaian untuk menghimpun bingkai (frame) PPP ke dalam bingkai Ethernet, ianya di gunakan terutamanya dalam perkhidmatan DSL di mana pengguna hanya perlu menyambung ke modem DSL over Ethernet
PSU - Power Supply Unit
- merupakan komponen bekalan kuasa yang membekalkan kuasa pada setiap komponen komputer, menukarkan arus 110-115 atau 220-230 volt (AC) ke voltan yang berarus rendah (DC) yang boleh di gunakan oleh komputer
---Q---
QBE - Query By Example
- ciri-ciri yang terdapat pada pelbagai jenis pangkalan data di mana setiap pertanyaan lebih mesra pengguna dan mudah di gunakan tanpa perlu menulis skrip SQL untuk membuat input pertanyaan
---R---
RAID - Redundant Array Of Independent Disks
- pelbagai pemacu cakera yang di susun untuk meningkatkan kelajuan capaian data dan meningkatkan (improve) kesalahan toleransi
RAM - Random Access Memory
- adalah suatu memori capaian rawak yang mana boleh di tulis (write) oleh sistem atau aplikasi lain ke dalamnya secara sementara untuk membolehkan sesuatu sistem di jalankan atau sesuatu aplikasi dapat di laksanakan
RDRAM - Rambus Dynamic Random Access Memory
- adalah sejenis memori yang sangat mahal dan sangat berkelajuan tinggi yang di cipta oleh sebuah syarikat bernama Rambus
ROM - Read Only Memory
- memori jenis ini tidak semudah untuk di tulis (write) aturcara ke dalamnya, kebiasaanya ia sudah mempunyai beberapa set arahan untuk membolehkan sesuatu sistem atau komponen beroperasi, pengguna perlu 'flash' memori jenis ini untuk memberikan arahan yang baru atau mengemaskini set arahan yang sediada
---S---
SATA - Serial Advance Technology Attachment
- antaramuka baru yang di reka khusus untuk menggantikan teknologi PATA yang menyambungkan cakera keras ATA ke papan induk komputer (motherboard), ianya lebih cepat dan boleh di percayai
SCSI - Small Computer System Interface
- juga disebut sebagai "skuzzy", antaramuka yang sangat cepat, boleh dipercayai dan mudah digunakan untuk penyambungan cakera keras ke papan induk (motherboard) komputer, biasa di gunakan pada pelayan (server) yang berkuasa tinggi, banyak di gunakan sekarang
SIMM - Single In-Line Memory Module
- sejenis memori yang telah 'out-of-date', menggunakan bas 32 bit berbanding dengan memori jenis DIMM yang menggunakan bas 64 bit
SMART - Self -Monitoring Analysis And Reporting Technology
- satu teknologi untuk memantau prestasi dan keadaan cakera keras, menghantar amaran kepada pengguna sekiranya terdapat masalah pada cakera keras
SO-DIMM - Small Outline Dual In-Line Memory Module
- standard saiz memori yang di gunakan pada peranti komputer yang kecil seperti komputer riba (laptop)
SRAM - Static Random Access Memory
- juga di sebut sebagai "ESS-ram", sejenis RAM yang memegang data secara statik dan bukannya secara dinamik, lebih pantas dan mahal dari DRAM, kebiasaannya digunakan sebagai 'memory cache' pada pemacu cakera keras dan pemproses
sRGB - Standard Red Green Blue
- standard warna imej yang di gunakan oleh kebanyakkan perkakasan komputer seperti monitor, pencetak, pengimbas dan sebagainya
---U---
UPS - Uninteruptible Power Supply
- berfungsi sebagai 'backup' bekalan kuasa elektrik jika berlakunya litar pintas
---V---
VGA - Video Graphics Array
- standard antaramuka analog yang di sambungkan kepada monitor dan komponen video terus ke komputer
VDU - Visual Display Unit
- peranti yang di gunakan untuk memaparkan visual data komputer seperti monitor atau projektor
VRAM - Video Random Access Memory
- memori yang di gunakan oleh pemproses video untuk menyimpan data imej dan di hantar ke monitor
VFAT - Virtual File Allocation Table
- digunakan oleh sistem operasi Windows ME dan yang terdahulu, menggantikan fail sistem jenis FAT atau FAT32
VoIP - Voice Over Internet Protocol
- pada dasarnya sambungan telefon melalui internet, data di hantar secara digital, tidak menggunakan talian telefon analog
VPN - Virtual Private Network
- satu rangkaian secara maya "tunneled" melalui rangkaian kawasan yang luas atau WAN seperti internet, ini bermakna rangkaian tidak perlu di tempatkan di satu kawasan lokasi fizikal seperti LAN
---W---
WAN - Wide Area Network
- bersamaan dengan rangkaian LAN tapi liputannya lebih luas lagi, ia tidak terhad pada satu lokasi, merangkumi jarak jauh melalui talian telefon, kabel gentian optik atau hubungan satelit
WEP - Wired Equivalent Privacy
- merupakan protokol rangkaian keselamatan WiFi, memastikan rangkaian tanpa wayar selamat terutamanya yang berkaitan dengan kabel Ethernet sebagaimana rangkaian yang menggunakan kabel
WPA - WiFi Protected Access
- lagi protokol yang di gunakan untuk mewujudkan sambungan tanpa wayar (WiFi) lebih selamat dan terjamin, bersamaan dengan protokol WEP tapi lebih menekankan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi seperti hanya membenarkan pengguna yang mempunyai katalaluan yang sah dapat menggunakan WiFi
WWW - World Wide Web
- juga di panggil sebagai Web, merupakan subset kepada internet, terdiri dari laman yang boleh di capai dengan menggunakan pelayar Web, internet adalah rangkaian sebenar (virtual network) di mana semua maklumat di simpan di dalamnya
WYSIWYG - What You See Is What You Get
- merujuk kepada perisian yang mewakili output akhir semasa fasa pembagunan, cth penggunaan Photoshop
---X---
XHTML - Xtensible Hyper Text Markup Language
- adalah spinoff bahasa tokokan hiperteks (HTML) yang digunakan untuk mewujudkan laman Web, berdasarkan pada sintaks HTML 4, tetapi diubahsuai untuk mengikuti garis panduan XML
XML - Xtensible Markup Language
- digunakan untuk menentukan format dokumen yang standard yang boleh dibaca oleh mana-mana aplikasi XML yang lain, boleh digunakan bersama dengan dokumen HTML, ianya adalah bahasa "metalanguage" , boleh mewujudkan satu pangkalan data (database) maklumat tanpa mempunyai pangkalan data yang sebenar
---Y---
Y2K - Year 2000
- merujuk pada terma "Millenium Bug" sebelum masuknya tahun 2000, sejenis pepijat yang terdapat pada komputer model lama
---Z---
ZIF - Zero Insertion Force
- merupakan sejenis soket CPU pada papan induk (motherboard) yang membolehkan penggantian atau naiktaraf pemproses di buat
Baca lagi...